Sunday 29 September 2013

PENULISAN REFLEKTIF

Norsiah Binti Padil
950410-13-6154
PPISMP PAKK JUN 2013

Alhamdulillah syukur  ke hadrat ilahi akhirnya saya berhasil menyelesaikan tugasan bagi matapelajaran GKB1053 walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran sibuk dengan tugasan harian.
Pada mulanya, apabila saya menerima tugasan ini , saya agak keliru dengan kehendak tugasan. Saya begitu bimbang untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan yang sedia ada amatlah sedikit . Namun demikian, halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Masalah yang biasa dihadapi oleh pelajar-pelajar termasuklah saya dalam membuat kerja kursus ini adalah kesukaran untuk mendapatkan maklumat. Sumber maklumat yang terhad menyebabkan saya dan rakan-rakan yang lain bimbang untuk membuat rujukan mengenai tugasan yang diberikan. Masalah yang seterusnya ialah, masa yang terhad dan pengurusan masa yang kurang baik. Saya dan rakan-rakan mempunyai masalah yang tidak kurang bezanya. Dari segi masa, saya agak mengalami kesukaran untuk menguruskan masa secara bijak. Lumrah seorang pelajar yang adakalanya malas dan tabiat yang sukar dibuang sama sekali adalah suka membuat kerja pada saat akhir. Akibatnya terpaksa berjaga di tengah malam untuk menyiapkan semua tugasan yang telah diberikan oleh para pensyarah. Di sini kita dapat lihat bahawa bahawa seorang guru harus bijak menguruskan masanya, kerana masa itu ibarat pedang yang tajam. Bila-bila masa sahaja boleh mencantas kita.
Masalah sukar untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan  di internet merupakan  kekangan yang saya hadapi sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Keadaan ini agak menyukarkan kerana kami sangat memerlukan rujukan dari internet. Dan yang pasti rujukan yang tepat dan padat. Kebanyakan maklumat yang diperolehi dari internet rata-ratanya menggunakan bahasa Indonesia. Memang kita tahu maklumat yang disampaikan adalah tepat dan padat, akan tetapi kesahihan maklumat tersebut amat diragui sama sekali.
Selain itu, saya juga menghadapi masalah berkenaan dengan kesalahan tatabahasa. Ini kerana saya masih dalam proses pembelajaran. Kadang-kadang tatabahasa yang digunakan tidak sesuai dengan penggunaan ayat. Solusinya, saya  cuba untuk mempelajari dengan lebih mendalam lagi aspek tatabahasa dalam penulisan esei terutamanya penulisan dalam penghasilan blog.
Jujur saya katakan,ini adalah pengalaman pertama saya membuat blog yang memerlukan banyak benda yang perlu diletakkan di dalamnya. Seperti menubar, jam digital, lagu dan macam-macam lagi. Pada saya penghasilan blog ini agak tinggi kualitinya berbanding blog yang biasa kita buat. Tambah-tambah lagi saya masih baru dalam perkara begini. Setelah hampir 7 bulan meninggalkan alam persekolahan dan pembelajaran, saya agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sini . Tapi Alhamdulillah dengan bantuan rakan-rakan yang agak berpengalaman dalam hal ini akhirnya memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan lancarnya. Selain itu,sepanjang menyiapkan tugasan ini saya merasakan suasana yang agak tenang dan dan damai. Walaupun harus bersengkang mata,tetapi atas penuh rasa komitmen yang sepenuhnya terhadap tugasan ini membuatkan saya rasa seronok untuk menyiapkan tugasan ini.
Saya juga belajar erti kesabaran dalam belajar. Lumrah sesuatu perkara yang baru dipelajari, adakalanya apa yang kita buat tak sama dengan apa yang orang inginkan. Berkaitan dengan memasukkan menubar ke dalam blog, saya agak keliru untuk menggunakannya. Setiap yang berlaku adakalanya memerlukan pengorbanan dan setiap pengorbanan itu adalah perjuangan. Adakala sifat putus asa muncul dalam diri bila menghadapi kebuntuan. Teringat akan kata-kata Imam Syafie, “ bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.”

Melalui tugasan ini juga, saya belajar apa itu erti kesusahan. Benar kata orang lama, “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.” Mesej yang ingin disampaikan melalui ungkapan tersebut amat sinonim dengan kehidupan saya sebagai seorang pelajar.Tugasan ini banyak membantu saya dari segi penulisan esei dan tatabahasa serta membuka minda saya agar lebih cakna dalam penggunaan blog dan alat teknologi yang lain. Diharap apa yang saya belajar melalui penghasilan blog ini dapat saya aplikasikan sepanjang hidup saya.

No comments :

Post a Comment