Norsiah Binti Padil
950410-13-6154
PPISMP PAKK JUN 2013
PPISMP PAKK JUN 2013
Alhamdulillah
syukur ke hadrat ilahi akhirnya saya
berhasil menyelesaikan tugasan bagi matapelajaran GKB1053 walaupun dibatasi
masa yang terhad lantaran sibuk dengan tugasan harian.
Pada
mulanya, apabila saya menerima tugasan ini , saya agak keliru dengan kehendak tugasan. Saya begitu bimbang untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan
yang sedia ada amatlah sedikit . Namun demikian, halangan ini tidak mematahkan
semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Masalah
yang biasa dihadapi oleh pelajar-pelajar termasuklah saya dalam membuat kerja
kursus ini adalah kesukaran untuk mendapatkan maklumat. Sumber maklumat yang
terhad menyebabkan saya dan rakan-rakan yang lain bimbang untuk membuat rujukan
mengenai tugasan yang diberikan. Masalah yang seterusnya ialah, masa yang
terhad dan pengurusan masa yang kurang baik. Saya dan rakan-rakan mempunyai
masalah yang tidak kurang bezanya. Dari segi masa, saya agak mengalami
kesukaran untuk menguruskan masa secara bijak. Lumrah seorang pelajar yang
adakalanya malas dan tabiat yang sukar dibuang sama sekali adalah suka membuat
kerja pada saat akhir. Akibatnya terpaksa berjaga di tengah malam untuk
menyiapkan semua tugasan yang telah diberikan oleh para pensyarah. Di sini kita dapat lihat bahawa bahawa
seorang guru harus bijak menguruskan masanya, kerana masa itu ibarat pedang
yang tajam. Bila-bila masa sahaja boleh mencantas kita.
Masalah
sukar untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan di internet merupakan kekangan yang saya hadapi sepanjang
menyiapkan kerja kursus ini. Keadaan ini agak menyukarkan kerana kami sangat
memerlukan rujukan dari internet. Dan yang pasti rujukan yang tepat dan padat.
Kebanyakan maklumat yang diperolehi dari internet rata-ratanya menggunakan
bahasa Indonesia. Memang kita tahu maklumat yang disampaikan adalah tepat dan
padat, akan tetapi kesahihan maklumat tersebut amat diragui sama sekali.
Selain
itu, saya juga menghadapi masalah berkenaan dengan kesalahan tatabahasa. Ini
kerana saya masih dalam proses pembelajaran. Kadang-kadang tatabahasa yang
digunakan tidak sesuai dengan penggunaan ayat. Solusinya, saya cuba untuk mempelajari dengan lebih mendalam
lagi aspek tatabahasa dalam penulisan esei terutamanya penulisan dalam penghasilan blog.
Jujur
saya katakan,ini adalah pengalaman pertama saya membuat blog yang memerlukan banyak benda yang perlu diletakkan di dalamnya. Seperti menubar, jam digital, lagu dan macam-macam lagi. Pada saya penghasilan blog ini agak tinggi kualitinya berbanding blog yang biasa kita buat.
Tambah-tambah lagi saya masih baru dalam perkara begini. Setelah hampir 7 bulan
meninggalkan alam persekolahan dan pembelajaran, saya agak sukar untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan di sini . Tapi Alhamdulillah dengan bantuan
rakan-rakan yang agak berpengalaman dalam hal ini akhirnya memudahkan saya
untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan lancarnya. Selain itu,sepanjang
menyiapkan tugasan ini saya merasakan suasana yang agak tenang dan dan damai.
Walaupun harus bersengkang mata,tetapi atas penuh rasa komitmen yang sepenuhnya
terhadap tugasan ini membuatkan saya rasa seronok untuk menyiapkan tugasan ini.
Saya
juga belajar erti kesabaran dalam belajar. Lumrah sesuatu perkara yang baru
dipelajari, adakalanya apa yang kita buat tak sama dengan apa yang orang
inginkan. Berkaitan dengan memasukkan menubar ke dalam blog, saya agak keliru untuk
menggunakannya. Setiap yang berlaku
adakalanya memerlukan pengorbanan dan setiap pengorbanan itu adalah perjuangan.
Adakala sifat putus asa muncul dalam diri bila menghadapi kebuntuan. Teringat
akan kata-kata Imam Syafie, “ bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu
akan menanggung peritnya kebodohan.”
Melalui
tugasan ini juga, saya belajar apa itu erti kesusahan. Benar kata orang lama,
“bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.” Mesej yang ingin
disampaikan melalui ungkapan tersebut amat sinonim dengan kehidupan saya
sebagai seorang pelajar.Tugasan ini banyak membantu saya dari segi penulisan
esei dan tatabahasa serta membuka minda saya agar lebih cakna dalam penggunaan blog dan alat teknologi yang lain. Diharap apa yang saya belajar melalui penghasilan blog ini dapat saya aplikasikan sepanjang hidup saya.