Bayi baru lahir memang comel dan menggeramkan. Tetapi sejauh mana kita mengenali insan cilik ini semasa baru lahir. Ketahui fakta penting mengenai bayi baru lahir agar anda dapat lebih memahami keperluannya.
1. Saiz otak bayi hanya kira-kira ¼ saiz otak orang dewasa. Kebanyakan bayi dilahirkan mempunyai lebih daripada 100 bilion sel otak yang masih belum dihubungkan antara satu sama lain. Bagaimanapun, otak bayi boleh berfungsi pada kelajuan secepat kilat dan mampu membentuk rangkaian hubungan yang baru di antara sel otaknya pada kadar tiga billion sesaat.
2. Bayi baru lahir tidak ada kepala lutut. Ia tidak terbentuk sehinggalah bayi berusia enam bulan.
3. Bayi menangis tanpa air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia lima minggu.
4. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan daripada tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
8. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
9. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
10. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
11. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
12. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
13. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.
14. Warna asal mata kebanyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah selepas beberapa minit lahir.
15. Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu.
16. Bayi baru lahir memiliki daya penglihatan sangat terbatas. Mereka hanya boleh melihat orang dan objek lain di dekatnya dengan jarak pandang 19,6 cm sampai 29,4 cm.
# semoga bermanfaat:)
Baby baby oohhhhhhh~!!!!
ReplyDeleteFakta Tentang Bayi Comel
Bermanfaat norchessee, terima kasih yaaa
errrrrr, waiyyaaki:)
ReplyDelete