Sunday 13 April 2014

10 APRIL 2014

10 APRIL 2014

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. :) for the first time without family and my beloved PPG's :(  seems so hard to accept, tapi Allah ganti dengan something yang sangat-sangat berharga. Allahu. Moga memoir ini tercatat dengan indahnya dalam kenangan. InsyaAllah.

i was being prank with my own frens! ohmyyyyyy! ~prank yang diluar jangkaan dan tak pernah terlintas kat kotak minda yang dorang akan buat mcm tu. owwwww, patutlah siap xbagi org tgk wassap spanjang hari.huhhh

ni lah dalang utama cerita ni. budak licik yang sangat pandai berbohong!. hahahahahha

ni pulak pelakon pembantu cerita ni. alaaaaa, bajet ye buat2 tak tau yeee.

yang pakai spec tu pulak tauke ini cerita lah. oopsss

yg ni org taktau nak cakap apee, muka innocent sgt. hahahaha, tapi ketara sgt bsubahat. ish2


it was really suprising me. me ingat dorg cume ajak jalan2. btol2 tak terfikir they will make a prank. smpai masuk pintu kfc pn me masih tak perasan , siap merungut plak tu sbab tersungkur. sangat terkejut dua orang budak koperasi yang sangat busy tu tibe2 ade kat tesco pulak dah. sabar je lah


ni orang tau mesti idea budak-budak ni, siap ade doraemon bagai. apoodaa

ni faveret syeeee. terima kasih kak dayah!

jadi agak terkejut dengan suprise yang tak dijangka ni. jazakillah semua. Alhamdulillah sangat2 Allah kurniakan sahabat-sahabat yang baik. :) Moga tautan kita kekal selamanya. love u guyssss. i know u know who i mention about. heeeee. syg korg aten, nana, lyena, kak lia, miraaaaa dn smuaaa

this thingss really attract me. love it. this was my baby pink! thanks miraaa. love u!

ni baby mon syee. heeee. jzzk  ika n kak rote. <3

special dri ecah n kak fat. comel! heeeee, sye syg korg!



pengubat hati tika hati mulai rindu  *tears
  

Assalamualaikum Norsiah Padil, sanah helwah!!!! 
Love u lots sis..may Allah preserve our ukhuwah til jannah.
May Allah keep hidayah in our heart until our last breath..

Unlike ·  · Stop Notifications · Share · April 11


Jasmine Khaleda
April 10

Happy birthday to two of my beautiful ladies. You guys are too far from me so let me send my hug and kisses from here to there. Doesn't matter how distance we are, I'll never forget this special day of you guys. Thanks for being there for me, and you know I'll do the same. Sorry any of my actions hurt you, as you can see I'll never mean to. Be strong at wherever you. I'll be always here waiting for you guys. I love you Dygku Awgku Ahmad and Norsiah Padil. Happy birthday and may Allah bless you guys always. Have a blast one okay^^ I love youuuuu muah muahhh
Unlike ·  · 










Sunday 29 September 2013

PENULISAN REFLEKTIF

Norsiah Binti Padil
950410-13-6154
PPISMP PAKK JUN 2013

Alhamdulillah syukur  ke hadrat ilahi akhirnya saya berhasil menyelesaikan tugasan bagi matapelajaran GKB1053 walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran sibuk dengan tugasan harian.
Pada mulanya, apabila saya menerima tugasan ini , saya agak keliru dengan kehendak tugasan. Saya begitu bimbang untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan yang sedia ada amatlah sedikit . Namun demikian, halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Masalah yang biasa dihadapi oleh pelajar-pelajar termasuklah saya dalam membuat kerja kursus ini adalah kesukaran untuk mendapatkan maklumat. Sumber maklumat yang terhad menyebabkan saya dan rakan-rakan yang lain bimbang untuk membuat rujukan mengenai tugasan yang diberikan. Masalah yang seterusnya ialah, masa yang terhad dan pengurusan masa yang kurang baik. Saya dan rakan-rakan mempunyai masalah yang tidak kurang bezanya. Dari segi masa, saya agak mengalami kesukaran untuk menguruskan masa secara bijak. Lumrah seorang pelajar yang adakalanya malas dan tabiat yang sukar dibuang sama sekali adalah suka membuat kerja pada saat akhir. Akibatnya terpaksa berjaga di tengah malam untuk menyiapkan semua tugasan yang telah diberikan oleh para pensyarah. Di sini kita dapat lihat bahawa bahawa seorang guru harus bijak menguruskan masanya, kerana masa itu ibarat pedang yang tajam. Bila-bila masa sahaja boleh mencantas kita.
Masalah sukar untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan  di internet merupakan  kekangan yang saya hadapi sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Keadaan ini agak menyukarkan kerana kami sangat memerlukan rujukan dari internet. Dan yang pasti rujukan yang tepat dan padat. Kebanyakan maklumat yang diperolehi dari internet rata-ratanya menggunakan bahasa Indonesia. Memang kita tahu maklumat yang disampaikan adalah tepat dan padat, akan tetapi kesahihan maklumat tersebut amat diragui sama sekali.
Selain itu, saya juga menghadapi masalah berkenaan dengan kesalahan tatabahasa. Ini kerana saya masih dalam proses pembelajaran. Kadang-kadang tatabahasa yang digunakan tidak sesuai dengan penggunaan ayat. Solusinya, saya  cuba untuk mempelajari dengan lebih mendalam lagi aspek tatabahasa dalam penulisan esei terutamanya penulisan dalam penghasilan blog.
Jujur saya katakan,ini adalah pengalaman pertama saya membuat blog yang memerlukan banyak benda yang perlu diletakkan di dalamnya. Seperti menubar, jam digital, lagu dan macam-macam lagi. Pada saya penghasilan blog ini agak tinggi kualitinya berbanding blog yang biasa kita buat. Tambah-tambah lagi saya masih baru dalam perkara begini. Setelah hampir 7 bulan meninggalkan alam persekolahan dan pembelajaran, saya agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sini . Tapi Alhamdulillah dengan bantuan rakan-rakan yang agak berpengalaman dalam hal ini akhirnya memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan lancarnya. Selain itu,sepanjang menyiapkan tugasan ini saya merasakan suasana yang agak tenang dan dan damai. Walaupun harus bersengkang mata,tetapi atas penuh rasa komitmen yang sepenuhnya terhadap tugasan ini membuatkan saya rasa seronok untuk menyiapkan tugasan ini.
Saya juga belajar erti kesabaran dalam belajar. Lumrah sesuatu perkara yang baru dipelajari, adakalanya apa yang kita buat tak sama dengan apa yang orang inginkan. Berkaitan dengan memasukkan menubar ke dalam blog, saya agak keliru untuk menggunakannya. Setiap yang berlaku adakalanya memerlukan pengorbanan dan setiap pengorbanan itu adalah perjuangan. Adakala sifat putus asa muncul dalam diri bila menghadapi kebuntuan. Teringat akan kata-kata Imam Syafie, “ bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.”

Melalui tugasan ini juga, saya belajar apa itu erti kesusahan. Benar kata orang lama, “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.” Mesej yang ingin disampaikan melalui ungkapan tersebut amat sinonim dengan kehidupan saya sebagai seorang pelajar.Tugasan ini banyak membantu saya dari segi penulisan esei dan tatabahasa serta membuka minda saya agar lebih cakna dalam penggunaan blog dan alat teknologi yang lain. Diharap apa yang saya belajar melalui penghasilan blog ini dapat saya aplikasikan sepanjang hidup saya.

Hasil Pembentangan GKB Kami!!!!!!!

Assalamualaikum,

Inilah hasil pembentangan yang dibuat oleh saya dan rakan pembentang saya mek Siti Aisyah Binti Ab Hamid aka blog manukkampungmasaklomakcilipadi.blogspot.com

KEMAHIRAN PEROLEHAN
DAN

PENGURUSAN MAKLUMAT

Definisi Pencarian Maklumat
àaktiviti terancang bagi mencari maklumat bertujuan memenuhi sesuatu matlamat.
à proses asas yang berkait rapat dengan proses pembelajaran dan penyelesaian masalah. 

Faktor Yang Mempengaruhi Kebenaran Maklumat
àsifat berat sebelah penulis ataupun penerbit,kebolehpercayaan bahan rujukan yang digunakan oleh penulis dan faktor masa.
àunsur tokok tambah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab


Pencarian Sumber Maklumat

 sumber maklumat boleh diperolehi daripada:-

Manusia
bahan bercetak
bahan digital
bahan artifak
lain-lain

             Maklumat wujud dalam bentuk seperti:-

artifak
Lukisan
Imej
Ensiklopedia
Indeks
Abstrak
buku tahunan
Almanak
Jurnal
Buku
Majalah

Pengurusan Maklumat

KEMAHIRAN MENGESAN MAKLUMAT
(Literasi Maklumat)

Literasi
àkeupayaan untuk membaca dan mendapatkan makna daripada perkataan.
à juga didefinisikan sebagai mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu. 

Maklumat
àhasil daripada pemprosesan , pengumpulan dan penganalisaan data yang dapat menambah pengetahuan kepada penerima maklumat.

àmaklumat ialah sesuatu penerangan yang diperolehi daripada pelbagai sumber terutamanya dalam bentuk data, pengetahuan atau kebijaksanaan.
àjuga merupakan proses menambah pengetahuan secara langsung atau tidak langsung melalui pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain seperti pengetahuan yang disimpan dalam bentuk bahan cetak, bahan tayang dan bahan tiga dimensi.

Literasi Maklumat
àboleh digambarkan sebagai keupayaan mendapat makna daripada maklumat.
àRader (1991), literasi maklumat ialah satu keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat dengan berkesan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan mengambil keputusan.
àDoyle,C (1994) pula merujuk kepada keupayaan untuk mengakses, menilai dan mengguna maklumat daripada pelbagai sumber. 

Kebolehan menganalisis dan merumus maklumat.
Seseorang perlu tahu memilih maklumat yang relevan dan sesuai sahaja bagi memenuhi sesuatu keperluan.
qMembentuk sikap positif untuk belajar mengurus maklumat.
qMenggunakan alatan, seperti tutorial.
qMenggunakan teknik, seperti bekerja dengan kumpulan.
qMenggunakan kaedah seperti pergantungan kepada mentor.
qBerkongsi pengetahuan dengan memberitahu, menterjemah serta mendidik rakan dalam institusi.
qMenerap dan menggunakan pengetahuan dalam percambahan idea, meningkatkan produktiviti dan menyelesaikan masalah.

Kebolehan Menilai Kebenaran Maklumat
Maklumat yang diperoleh perlu dipastikan kesahihannya.
Ia dapat dilakukan dengan beberapa cara seperti :-
i.meneliti pengarang, penerbit
         ii.tahun penerbitan
         iii.isi kandungan sumber maklumat. 



Pencarian di Perpustakaan

1.Mencari bahan di perpustakaan melalui proses melihat kad katalog untuk buku rujukan.
        2. Bagi bahan-bahan lain selalunya ia tersimpan di beberapa tempat tertentu di dalam perpustakaan.
         3.Penggunaan sistem OPAC 

Antara Bahan yang boleh diperoleh di Perpustakaan sebagai sumber rujukan
i.Kamus

Buku yang mengandungi kata-kata yang disusun menurut abjad dengaan keterangan tentang perkataan dinyatakaan dalaam bahasa yang sama atau dalam bahasa yang lain.
Contoh-contoh Kamus ialah Kamus Dwibahasa, Kamus Dewan, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus Arab dan sebagainya.

         ii. Kamus Khas
Kamus khas memberi maklumat khas sahaja mengenai sesuatu perkara atau bidang.
Kamus Sinonim/Antonim, Kamus Simpulan Bahasa, Kamus Komputer 

iii. Ensiklopedia
mengandungi pelbagai maklumat dalam semua bidang ilmu pengetahuan.
Menjelaskan prinsip-prinsip umum yang asas serta penerangan ringkas mengenai definisi, gambaran, penjelasan, sejarah, kedudukan semasa, statistik dan bibliografi.
Bertujuan untuk menjadi bahan rujukan.
Contoh-contoh Ensiklopedia ialah Encylopedia Britannica, The World Book Encyclopedia dan The Encylopedia of Psychology.

iv. Almanak / Buku Tahunan
satu komponen data-data dan statistik penting mengenai negara, tokoh-tokoh, peristiwa dan sebagainya.
Diterbitkan tiap-tiap tahun atau dua tahun sekali.
lebih umum
untuk merekodkan aktiviti tahunan negara atau bidang-bidang tertentu.
Contoh-contoh Almanak / Buku Tahunan iaitu Reader’s Digest Almanac and Yearbook, World Almanac and Book of Facts, Malaysia Yearbook.
v. Direktori
senarai mengenai orang atau organisasi yang disusun secara sistematik, mengikut susunan abjad atau nombor pengkelasan
mengandungi alamat, fungsi, staf dan lain-lain data mengenai organisasi
vi. Jurnal
Sumber penulisan ahli akademik
Terbitan jurnal adalah berkala atau bersiri

Pelayaran Internet

Carian Maklumat Melalui Kemahiran ICT
Pencarian maklumat melalui ICT,
dua cara yang sering digunakan iaitu
i.on-line
ii. off-line.

Enjin Pencarian (Search Engine)
Enjin pencarian merupakan program atau pengkalan data antara enjin pencarian yang paling popular ialah:-
- Google (www.google.com)
- Yahoo (www.yahoo.com)
- Altavista (www.altavista.com)

Sumber Primer dan
Sumber Sekunder

Sumber primer
bermaksud hasil kerja asal yang memberikan pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu perkara merupakan asas kepada sumber sekunder atau tertier
contohnya ialah:-
i.Tesis
ii.jurnal
iii.prosiding

Sumber sekunder
bermaksud sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melalui perkhidmatan melalui perkhidmatan abstrak dan indeks.
Rujukan adalah dalam format bibliografi yang diterbitkan -contohnya adalah:-
i.nota kaki
glosari


SEKIAN, TERIMA KASIH