Ayoo Qasidah :) ~
Tarbiah is a part of my life:) Tarbiah ibarat sesuatu yang bernilai, apa yang diperolehi melalui tarbiah sangat sukar digalang gantikan. Ayoo,gain more tarbiah and make it a part of ur life. InsyaAllah, kenikmatan tarbiah masyaAllah superbbbbb:)
Sunday 20 October 2013
Sunday 29 September 2013
PENULISAN REFLEKTIF
Norsiah Binti Padil
950410-13-6154
PPISMP PAKK JUN 2013
PPISMP PAKK JUN 2013
Alhamdulillah
syukur ke hadrat ilahi akhirnya saya
berhasil menyelesaikan tugasan bagi matapelajaran GKB1053 walaupun dibatasi
masa yang terhad lantaran sibuk dengan tugasan harian.
Pada
mulanya, apabila saya menerima tugasan ini , saya agak keliru dengan kehendak tugasan. Saya begitu bimbang untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan
yang sedia ada amatlah sedikit . Namun demikian, halangan ini tidak mematahkan
semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Masalah
yang biasa dihadapi oleh pelajar-pelajar termasuklah saya dalam membuat kerja
kursus ini adalah kesukaran untuk mendapatkan maklumat. Sumber maklumat yang
terhad menyebabkan saya dan rakan-rakan yang lain bimbang untuk membuat rujukan
mengenai tugasan yang diberikan. Masalah yang seterusnya ialah, masa yang
terhad dan pengurusan masa yang kurang baik. Saya dan rakan-rakan mempunyai
masalah yang tidak kurang bezanya. Dari segi masa, saya agak mengalami
kesukaran untuk menguruskan masa secara bijak. Lumrah seorang pelajar yang
adakalanya malas dan tabiat yang sukar dibuang sama sekali adalah suka membuat
kerja pada saat akhir. Akibatnya terpaksa berjaga di tengah malam untuk
menyiapkan semua tugasan yang telah diberikan oleh para pensyarah. Di sini kita dapat lihat bahawa bahawa
seorang guru harus bijak menguruskan masanya, kerana masa itu ibarat pedang
yang tajam. Bila-bila masa sahaja boleh mencantas kita.
Masalah
sukar untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan di internet merupakan kekangan yang saya hadapi sepanjang
menyiapkan kerja kursus ini. Keadaan ini agak menyukarkan kerana kami sangat
memerlukan rujukan dari internet. Dan yang pasti rujukan yang tepat dan padat.
Kebanyakan maklumat yang diperolehi dari internet rata-ratanya menggunakan
bahasa Indonesia. Memang kita tahu maklumat yang disampaikan adalah tepat dan
padat, akan tetapi kesahihan maklumat tersebut amat diragui sama sekali.
Selain
itu, saya juga menghadapi masalah berkenaan dengan kesalahan tatabahasa. Ini
kerana saya masih dalam proses pembelajaran. Kadang-kadang tatabahasa yang
digunakan tidak sesuai dengan penggunaan ayat. Solusinya, saya cuba untuk mempelajari dengan lebih mendalam
lagi aspek tatabahasa dalam penulisan esei terutamanya penulisan dalam penghasilan blog.
Jujur
saya katakan,ini adalah pengalaman pertama saya membuat blog yang memerlukan banyak benda yang perlu diletakkan di dalamnya. Seperti menubar, jam digital, lagu dan macam-macam lagi. Pada saya penghasilan blog ini agak tinggi kualitinya berbanding blog yang biasa kita buat.
Tambah-tambah lagi saya masih baru dalam perkara begini. Setelah hampir 7 bulan
meninggalkan alam persekolahan dan pembelajaran, saya agak sukar untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan di sini . Tapi Alhamdulillah dengan bantuan
rakan-rakan yang agak berpengalaman dalam hal ini akhirnya memudahkan saya
untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan lancarnya. Selain itu,sepanjang
menyiapkan tugasan ini saya merasakan suasana yang agak tenang dan dan damai.
Walaupun harus bersengkang mata,tetapi atas penuh rasa komitmen yang sepenuhnya
terhadap tugasan ini membuatkan saya rasa seronok untuk menyiapkan tugasan ini.
Saya
juga belajar erti kesabaran dalam belajar. Lumrah sesuatu perkara yang baru
dipelajari, adakalanya apa yang kita buat tak sama dengan apa yang orang
inginkan. Berkaitan dengan memasukkan menubar ke dalam blog, saya agak keliru untuk
menggunakannya. Setiap yang berlaku
adakalanya memerlukan pengorbanan dan setiap pengorbanan itu adalah perjuangan.
Adakala sifat putus asa muncul dalam diri bila menghadapi kebuntuan. Teringat
akan kata-kata Imam Syafie, “ bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu
akan menanggung peritnya kebodohan.”
Melalui
tugasan ini juga, saya belajar apa itu erti kesusahan. Benar kata orang lama,
“bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.” Mesej yang ingin
disampaikan melalui ungkapan tersebut amat sinonim dengan kehidupan saya
sebagai seorang pelajar.Tugasan ini banyak membantu saya dari segi penulisan
esei dan tatabahasa serta membuka minda saya agar lebih cakna dalam penggunaan blog dan alat teknologi yang lain. Diharap apa yang saya belajar melalui penghasilan blog ini dapat saya aplikasikan sepanjang hidup saya.
Hasil Pembentangan GKB Kami!!!!!!!
Assalamualaikum,
Inilah hasil pembentangan yang dibuat oleh saya dan rakan pembentang saya mek Siti Aisyah Binti Ab Hamid aka blog manukkampungmasaklomakcilipadi.blogspot.com
Inilah hasil pembentangan yang dibuat oleh saya dan rakan pembentang saya mek Siti Aisyah Binti Ab Hamid aka blog manukkampungmasaklomakcilipadi.blogspot.com
KEMAHIRAN PEROLEHAN
DAN
PENGURUSAN MAKLUMAT
Definisi
Pencarian Maklumat
àaktiviti
terancang
bagi mencari maklumat bertujuan memenuhi sesuatu matlamat.
à
proses asas
yang berkait rapat dengan proses pembelajaran dan penyelesaian masalah.
Faktor
Yang Mempengaruhi Kebenaran Maklumat
àsifat
berat
sebelah penulis ataupun penerbit,kebolehpercayaan
bahan
rujukan
yang digunakan
oleh
penulis
dan
faktor
masa.
àunsur
tokok
tambah
oleh
pihak-pihak
yang tidak
bertanggungjawab
Pencarian
Sumber Maklumat
sumber maklumat boleh diperolehi
daripada:-
•Manusia
•bahan
bercetak
•bahan
digital
•bahan
artifak
•lain-lain
Maklumat wujud dalam bentuk seperti:-
•artifak
•Lukisan
•Imej
•Ensiklopedia
•Indeks
•Abstrak
•buku tahunan
•Almanak
•Jurnal
•Buku
•Majalah
Pengurusan
Maklumat
KEMAHIRAN
MENGESAN MAKLUMAT
(Literasi Maklumat)
Literasi
àkeupayaan
untuk
membaca dan mendapatkan makna daripada perkataan.
à juga
didefinisikan
sebagai mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu.
Maklumat
àhasil
daripada
pemprosesan , pengumpulan dan penganalisaan data yang dapat menambah
pengetahuan kepada penerima maklumat.
àmaklumat
ialah
sesuatu penerangan yang diperolehi daripada pelbagai sumber terutamanya dalam
bentuk data, pengetahuan atau kebijaksanaan.
àjuga
merupakan
proses menambah pengetahuan secara langsung atau tidak langsung melalui
pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain seperti pengetahuan yang disimpan
dalam bentuk bahan cetak, bahan tayang dan bahan tiga dimensi.
Literasi
Maklumat
àboleh
digambarkan
sebagai keupayaan mendapat makna daripada maklumat.
àRader (1991), literasi maklumat ialah satu
keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat dengan berkesan bagi
menyelesaikan sesuatu masalah dan mengambil keputusan.
àDoyle,C (1994) pula merujuk kepada keupayaan untuk
mengakses, menilai dan mengguna maklumat daripada pelbagai sumber.
Kebolehan menganalisis dan merumus maklumat.
Seseorang
perlu tahu memilih maklumat yang relevan dan sesuai sahaja bagi memenuhi
sesuatu keperluan.
qMembentuk
sikap positif
untuk belajar
mengurus
maklumat.
qMenggunakan
alatan, seperti
tutorial.
qMenggunakan
teknik, seperti
bekerja
dengan kumpulan.
qMenggunakan
kaedah seperti
pergantungan kepada mentor.
qBerkongsi
pengetahuan
dengan memberitahu,
menterjemah
serta mendidik
rakan dalam institusi.
qMenerap
dan menggunakan
pengetahuan
dalam percambahan
idea, meningkatkan produktiviti dan menyelesaikan masalah.
Kebolehan Menilai Kebenaran Maklumat
•Maklumat
yang diperoleh perlu dipastikan kesahihannya.
•
Ia
dapat dilakukan dengan beberapa cara seperti :-
i.meneliti
pengarang,
penerbit
ii.tahun penerbitan
iii.isi kandungan
sumber maklumat.
Pencarian di
Perpustakaan
1.Mencari
bahan
di perpustakaan melalui proses melihat kad katalog untuk buku rujukan.
2. Bagi bahan-bahan lain selalunya
ia tersimpan di beberapa tempat tertentu di dalam perpustakaan.
3.Penggunaan sistem OPAC
Antara
Bahan yang boleh diperoleh di Perpustakaan sebagai sumber rujukan
i.Kamus
•Buku yang
mengandungi
kata-kata yang disusun menurut abjad dengaan keterangan tentang perkataan dinyatakaan dalaam bahasa yang sama atau dalam bahasa yang lain.
•Contoh-contoh Kamus ialah Kamus Dwibahasa, Kamus Dewan, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus Arab dan sebagainya.
ii. Kamus Khas
•Kamus khas memberi
maklumat
khas sahaja mengenai
sesuatu
perkara
atau bidang.
•Kamus Sinonim/Antonim,
Kamus Simpulan
Bahasa, Kamus Komputer
iii. Ensiklopedia
•mengandungi
pelbagai
maklumat
dalam semua bidang ilmu pengetahuan.
• Menjelaskan prinsip-prinsip umum yang asas serta penerangan ringkas mengenai definisi, gambaran, penjelasan, sejarah, kedudukan semasa, statistik dan bibliografi.
• Bertujuan untuk menjadi bahan rujukan.
•Contoh-contoh Ensiklopedia ialah Encylopedia Britannica, The World Book Encyclopedia dan The Encylopedia of Psychology.
iv. Almanak
/ Buku Tahunan
•satu komponen
data-data dan statistik
penting
mengenai
negara, tokoh-tokoh,
peristiwa
dan sebagainya.
• Diterbitkan tiap-tiap tahun atau dua tahun sekali.
•lebih umum
•untuk merekodkan
aktiviti
tahunan
negara atau bidang-bidang tertentu.
• Contoh-contoh Almanak / Buku Tahunan iaitu Reader’s Digest Almanac and Yearbook,
World Almanac and Book of Facts, Malaysia Yearbook.
v. Direktori
•senarai
mengenai
orang atau organisasi
yang disusun
secara sistematik,
mengikut
susunan
abjad atau nombor pengkelasan
•mengandungi
alamat, fungsi, staf dan
lain-lain data mengenai organisasi
vi. Jurnal
•Sumber penulisan
ahli akademik
•Terbitan
jurnal adalah berkala
atau bersiri
Pelayaran
Internet
Carian
Maklumat Melalui Kemahiran ICT
Pencarian
maklumat melalui ICT,
•dua cara
yang sering digunakan iaitu
i.on-line
ii. off-line.
Enjin Pencarian (Search Engine)
Enjin pencarian merupakan program atau pengkalan
data antara enjin pencarian
yang paling popular ialah:-
- Google (www.google.com)
- Yahoo (www.yahoo.com)
- Altavista
(www.altavista.com)
Sumber Primer
dan
Sumber
Sekunder
Sumber
primer
•bermaksud hasil
kerja asal yang memberikan pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas
pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu perkara merupakan asas kepada sumber
sekunder atau tertier
•contohnya
ialah:-
i.Tesis
ii.jurnal
iii.prosiding
Sumber
sekunder
•bermaksud sumber
yang memberikan akses kepada sumber primer melalui
perkhidmatan melalui perkhidmatan abstrak
dan indeks.
•Rujukan adalah
dalam format bibliografi yang diterbitkan -contohnya
adalah:-
i.nota kaki
glosari
SEKIAN,
TERIMA KASIH
Tuesday 10 September 2013
Fakta tentang baby!!!!!
Bayi baru lahir memang comel dan menggeramkan. Tetapi sejauh mana kita mengenali insan cilik ini semasa baru lahir. Ketahui fakta penting mengenai bayi baru lahir agar anda dapat lebih memahami keperluannya.
1. Saiz otak bayi hanya kira-kira ¼ saiz otak orang dewasa. Kebanyakan bayi dilahirkan mempunyai lebih daripada 100 bilion sel otak yang masih belum dihubungkan antara satu sama lain. Bagaimanapun, otak bayi boleh berfungsi pada kelajuan secepat kilat dan mampu membentuk rangkaian hubungan yang baru di antara sel otaknya pada kadar tiga billion sesaat.
2. Bayi baru lahir tidak ada kepala lutut. Ia tidak terbentuk sehinggalah bayi berusia enam bulan.
3. Bayi menangis tanpa air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia lima minggu.
4. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan daripada tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
8. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
9. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
10. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
11. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
12. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
13. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.
14. Warna asal mata kebanyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah selepas beberapa minit lahir.
15. Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu.
16. Bayi baru lahir memiliki daya penglihatan sangat terbatas. Mereka hanya boleh melihat orang dan objek lain di dekatnya dengan jarak pandang 19,6 cm sampai 29,4 cm.
# semoga bermanfaat:)
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)