Sunday 29 September 2013

Hasil Pembentangan GKB Kami!!!!!!!

Assalamualaikum,

Inilah hasil pembentangan yang dibuat oleh saya dan rakan pembentang saya mek Siti Aisyah Binti Ab Hamid aka blog manukkampungmasaklomakcilipadi.blogspot.com

KEMAHIRAN PEROLEHAN
DAN

PENGURUSAN MAKLUMAT

Definisi Pencarian Maklumat
àaktiviti terancang bagi mencari maklumat bertujuan memenuhi sesuatu matlamat.
à proses asas yang berkait rapat dengan proses pembelajaran dan penyelesaian masalah. 

Faktor Yang Mempengaruhi Kebenaran Maklumat
àsifat berat sebelah penulis ataupun penerbit,kebolehpercayaan bahan rujukan yang digunakan oleh penulis dan faktor masa.
àunsur tokok tambah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab


Pencarian Sumber Maklumat

 sumber maklumat boleh diperolehi daripada:-

Manusia
bahan bercetak
bahan digital
bahan artifak
lain-lain

             Maklumat wujud dalam bentuk seperti:-

artifak
Lukisan
Imej
Ensiklopedia
Indeks
Abstrak
buku tahunan
Almanak
Jurnal
Buku
Majalah

Pengurusan Maklumat

KEMAHIRAN MENGESAN MAKLUMAT
(Literasi Maklumat)

Literasi
àkeupayaan untuk membaca dan mendapatkan makna daripada perkataan.
à juga didefinisikan sebagai mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu. 

Maklumat
àhasil daripada pemprosesan , pengumpulan dan penganalisaan data yang dapat menambah pengetahuan kepada penerima maklumat.

àmaklumat ialah sesuatu penerangan yang diperolehi daripada pelbagai sumber terutamanya dalam bentuk data, pengetahuan atau kebijaksanaan.
àjuga merupakan proses menambah pengetahuan secara langsung atau tidak langsung melalui pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain seperti pengetahuan yang disimpan dalam bentuk bahan cetak, bahan tayang dan bahan tiga dimensi.

Literasi Maklumat
àboleh digambarkan sebagai keupayaan mendapat makna daripada maklumat.
àRader (1991), literasi maklumat ialah satu keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat dengan berkesan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan mengambil keputusan.
àDoyle,C (1994) pula merujuk kepada keupayaan untuk mengakses, menilai dan mengguna maklumat daripada pelbagai sumber. 

Kebolehan menganalisis dan merumus maklumat.
Seseorang perlu tahu memilih maklumat yang relevan dan sesuai sahaja bagi memenuhi sesuatu keperluan.
qMembentuk sikap positif untuk belajar mengurus maklumat.
qMenggunakan alatan, seperti tutorial.
qMenggunakan teknik, seperti bekerja dengan kumpulan.
qMenggunakan kaedah seperti pergantungan kepada mentor.
qBerkongsi pengetahuan dengan memberitahu, menterjemah serta mendidik rakan dalam institusi.
qMenerap dan menggunakan pengetahuan dalam percambahan idea, meningkatkan produktiviti dan menyelesaikan masalah.

Kebolehan Menilai Kebenaran Maklumat
Maklumat yang diperoleh perlu dipastikan kesahihannya.
Ia dapat dilakukan dengan beberapa cara seperti :-
i.meneliti pengarang, penerbit
         ii.tahun penerbitan
         iii.isi kandungan sumber maklumat. 



Pencarian di Perpustakaan

1.Mencari bahan di perpustakaan melalui proses melihat kad katalog untuk buku rujukan.
        2. Bagi bahan-bahan lain selalunya ia tersimpan di beberapa tempat tertentu di dalam perpustakaan.
         3.Penggunaan sistem OPAC 

Antara Bahan yang boleh diperoleh di Perpustakaan sebagai sumber rujukan
i.Kamus

Buku yang mengandungi kata-kata yang disusun menurut abjad dengaan keterangan tentang perkataan dinyatakaan dalaam bahasa yang sama atau dalam bahasa yang lain.
Contoh-contoh Kamus ialah Kamus Dwibahasa, Kamus Dewan, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus Arab dan sebagainya.

         ii. Kamus Khas
Kamus khas memberi maklumat khas sahaja mengenai sesuatu perkara atau bidang.
Kamus Sinonim/Antonim, Kamus Simpulan Bahasa, Kamus Komputer 

iii. Ensiklopedia
mengandungi pelbagai maklumat dalam semua bidang ilmu pengetahuan.
Menjelaskan prinsip-prinsip umum yang asas serta penerangan ringkas mengenai definisi, gambaran, penjelasan, sejarah, kedudukan semasa, statistik dan bibliografi.
Bertujuan untuk menjadi bahan rujukan.
Contoh-contoh Ensiklopedia ialah Encylopedia Britannica, The World Book Encyclopedia dan The Encylopedia of Psychology.

iv. Almanak / Buku Tahunan
satu komponen data-data dan statistik penting mengenai negara, tokoh-tokoh, peristiwa dan sebagainya.
Diterbitkan tiap-tiap tahun atau dua tahun sekali.
lebih umum
untuk merekodkan aktiviti tahunan negara atau bidang-bidang tertentu.
Contoh-contoh Almanak / Buku Tahunan iaitu Reader’s Digest Almanac and Yearbook, World Almanac and Book of Facts, Malaysia Yearbook.
v. Direktori
senarai mengenai orang atau organisasi yang disusun secara sistematik, mengikut susunan abjad atau nombor pengkelasan
mengandungi alamat, fungsi, staf dan lain-lain data mengenai organisasi
vi. Jurnal
Sumber penulisan ahli akademik
Terbitan jurnal adalah berkala atau bersiri

Pelayaran Internet

Carian Maklumat Melalui Kemahiran ICT
Pencarian maklumat melalui ICT,
dua cara yang sering digunakan iaitu
i.on-line
ii. off-line.

Enjin Pencarian (Search Engine)
Enjin pencarian merupakan program atau pengkalan data antara enjin pencarian yang paling popular ialah:-
- Google (www.google.com)
- Yahoo (www.yahoo.com)
- Altavista (www.altavista.com)

Sumber Primer dan
Sumber Sekunder

Sumber primer
bermaksud hasil kerja asal yang memberikan pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu perkara merupakan asas kepada sumber sekunder atau tertier
contohnya ialah:-
i.Tesis
ii.jurnal
iii.prosiding

Sumber sekunder
bermaksud sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melalui perkhidmatan melalui perkhidmatan abstrak dan indeks.
Rujukan adalah dalam format bibliografi yang diterbitkan -contohnya adalah:-
i.nota kaki
glosari


SEKIAN, TERIMA KASIH


No comments :

Post a Comment